..kapal dagang dari Melaka
mudik ke hulu sungai Acheh
selamat datang ke blog hamba
sudilah komen terima kasih..

Tuesday, June 9, 2015

SATE KEBAB

Assalammualaikum

Mari mari cuba rasa sate kebab pelbagai perisa.
sekali cuba pasti hendak lagi.
Cuba tuan-tuan rasa dan kalau berhajat lagi boleh hubungi hamba untuk tempahan.

Ayuh !!






0172891890
tokpakehtemenggong

Sunday, May 31, 2015

Makam Dato Dol Said



Assalammualaikum wrh wht

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan RabbulJalil.

Lama tidak menulis. hamba rasa tidak perlulah mengulas kemana pergi setelah lama tidak menulis,  yang pasti memang ada kerja yang perlu dibuat dan masa yang begitu terhad untuk menulis . Sementelahan pula tiada komputer untuk diketuk.

Sekarang ini hamba akan terus sahaja kepada agenda utama hamba seperti biasa iaitu menjejaki sejarah bangsa.

30 Mei 2015 setelah keluar dari rumah mertua di kuala sungai baru melaka hamba memecut motosikal untuk ke Naning Alor Gajah .
Niat hamba untuk bersolat di Masjid Dato Dol Said Taboh Naning dan menziarahi makam Dato Dol Said  pahlawan melayu.


Selepas solat hamba turun ke tanah makam. Kawasan makam bersih dan terdapat lain-lain kuburan disini.
Di tanah kubur ini juga terdapat kubur penghulu Naning selepas era almarhum Dato Dol Said.

Apa yang hamba terkejut selepas menziarahi makam ini adalah terdapatnya makam lain yang terletak diluar pagar kawasan tanah kubur Masjid Dato Dol Said.



Terdapat tidak kurang tiga kuburan yang berbatu nesan Aceh bersebelahan antara satu sama lain terletak di dalam kawasan tanah yang dipenuhi pohon kelapa sawit. Nesan yang terdapat adalah terdiri dari tiga jenis ukiran batu yang berbeza. Hamba cuba snap gambar sebaik mungkin tetapi disebabkan tangan hamba teruk dibelasah nyamuk maka gambar yang dirakam tidak berapa menjadi.



Bersebelahan tiga makam berbatu nesan Aceh ini terdapat petak yang terdapat empat buah batu besar diletak seperti dua buah kuburan. Hamba tidak tahu siapa pemilik makam-makam ini dan kenapa tiada catatan mengenainya.
Selepas mensedekahkan Al Fatehah hamba cuba dapatkan penjelasan melalui Imam Masjid yang hamba temui. Malangnya tuan Imam sendiri tidak tahu dan mengesyorkan hamba berjumpa dengan waris Almarhum Dato Dol Said . Hamba menunggu beliau di masjid sementara menantikan waktu Asar. Mana tahu jika waris Dato Dol Said datang dan sudi bersembang bersama hamba malangnya beliau tidak hadir.

Selepas solat hamba menuju ke rumah beliau untuk mendapatkan penjelasan.
Tuan Haji Zainuddin bin Haji Md Shah sudi menceritakan perihal makam Dato Dol Said tetapi beliau sendiri tidak pasti milik siapa kah makam - makam yang berbatu nesan Aceh. Hamba benar benar kecewa dengan maklumat ini. Beliau hanya memaklumkan kemungkinan kuburan itu milik para panglima di zaman silam khususnya zaman Dato Dol Said. Wallahualam. Beliau mengesyorkan hamba membeli buku bertajuk Tambo Alam Naning tulisan Y.A.M. al-Marhum Dato'  Orang Kaya Seri Raja Merah Dato' Penghulu Naning Md Shah bin Mohd Said Al haj selaku bekas penghulu Naning ke (undang Naning ke 18) .

Selepas bersalaman hamba memecut motosikal meninggalkan Naning denagn seribu persoalan . Kemana lagi hendak dicari maklumat berkenaan nesan - nesan Aceh tersebut. Rugi betul tidak mendapat jawaban. Jika tuan-tuan sendiri ada maklumat tolonglah beritahu hamba. Hamba da kemaruk ni..!!

Hamba menuju ke Pengkalan Alor Gajah untuk menziarahi makam yang hamba pernah ziarahi dahulu . Iaitu makam Datuk Paduka Maharajalela di Kampung Melaka Pindah. Hamba juga sempat menziarahi makam Datok Panglima Dabor yang merupakan pengikut kepada Datuk Paduka Maharajalela. Selepas mensedekahkan Alfatehah hamba bergegas meninggalkan Alor Gajah sebab rintik rintik hujan makin tebal .

Alfatehah.

Berikut adalah gambar makam Datok Paduka Maharajalela dan Datok Panglima Dabor .




Sekian .

Monday, March 3, 2014

GHAIB, HILANG, SOROK DAN LAIN-LAIN

ASSALAMMUALAIKUM

Lama betul hamba tak menulis di blog ni. ada musabab tersendiri yang jadi macam ni. Ghaib, hilang, atau menyorok diri nantilah hamba tuliskan ceritanya. ceritanya menyakitkan hati , tu pasal malas nak jenguk blog sendiri.
Yang pasti hamba akan kembali menulis tak lama lagi. insyaAllah.
Sekarang ni nak balik dulu nak susun atur gambau pasal banyak gambau nak di publish kat blog ni tapi lintang pukang .

ok lah permisi dulu InsyaAlah jumpa lagi ya.

Wassalam

Tokpakehtemenggong


Friday, September 6, 2013

KEJAR 'JERUNG' DI PULAU PAYAR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

MAC2011 HAMBA, TEMAN HATI DAN 3 KENALAN BERGEGAS PADA PAGI HARI DARI SHAH ALAM KE LCCT SEPANG UNTUK MENAIKI PESAWAT AIRASIA. DESTINASI KAMI -- LANGKAWI. PERJALANAN LANCAR MENAIKI LIMO YANG KAMI SEWA.



PETA LANGKAWI DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PADANG MAT SIRAT.

PESAWAT BERLEPAS JAM 1030 DAN TIBA JAM 1115. FUYOOHH BEDESUP DIA BAWAK A320 TU. SEBAIK SAMPAI KAMI TERUS MENCARI KERETA SEWA, BOOKING TIKET KE PULAU PAYAR DAN ISLAND HOPING. DAPAT KERETA PERSONA TERUS KE HOTEL. TAPI BUKAN HOTEL SEBENARNYA, SEBAB HAMBA LEBIH SUKA LEPAK CHALET ATAU RESORT YANG ADA KOLAM RENANG. HAMBA DAH TEMPAH TWIN PEAK RESORT. SAMPAI, CHEK IN LEPAK KEMUDIAN MAKAN TENGAHARI KAT WARUNG KAT LUAR RESORT.

KIRA-KIRA JAM 2 PETANG KAMI MENAIKI VAN KE JETI KUAH UNTUK MENAIKI BOT LAJU. MULA-MULA KE PANTAI BERAS BASAH. PANTAINYA IBARAT BERAS YANG BASAH. PEROI DAN LEMBUT AJE. HAMBA SIAP MANDI SORANG SORANG. ORANG LAIN TAKNAK MANDI SAMA. RUGI TAU.





KEMUDIAN KAMI KE KAWASAN DIMANA BURUNG HELANG SERING MUNCUL DAN MENYAMBAR MAKANAN YANG DICAMPAK OLEH PENGUNJUNG. BOLEH TAHAN LA BURUNG HELANG NI. BESAR BELAKA DAN BERANI LAK TU DATANG DEKAT-DEKAT.





KEMUDIAN BARU KAMI KE PULAU DAYANG BUNTING UNTUK KE TASEK DAYANG BUNTING. KAT TASEK NI HAMBA TERJUN LAGI SEBAB NI TASEK AIR TAWAR SUDAH TENTU ADA KELAINAN BERENDAM DALAM TASEK DENGAN BERENDAM DALAM LAUT. LAMA JUGAK KAMI LEPAK LEBIH 1/2 JAM BARU PULANG KE KUAH DAN BALIK KE RESORT. OLEH KERANA KAMI SAMPAI AWAL KE RESORT MAKA KAMI AMBIL KESEMPATAN UNTUK SANTAI DI KOLAM RENANG. TERJUN LAGI !!

MALAM HARI KAMI PUSING KELILING PEKAN KUAH (ATAU BANDAR KUAH). BELI MACAM-MACAM. COKLAT LA, PINGGAN-MANGKOK LA DAN SIAP MAKAN MALAM. PEHH KENYANG. ESOK CERITA YANG LEBIH MENARIK...

HARI KE-2

KAMI BANGUN AWAL JAM 7 DAH READY DI RESORT RESTORAN . SAMBIL MINUM PAGI KAMI LEPAK TUNGGU BAS. HAMBA HANYA BERDUA DENGAN DINDA AKAN KE PULAU PAYAR. 3 ORANG DAYANG TAK IKUT. RUGI TAU.. 8:30 BAS DATANG DAN AMBIL KAMI DAN  BEBERAPA ORANG PELANCONG LAGI KEMUDIAN TERUS KE KUAH. JAM 1000 KAMI NAIK CATAMARAN YANG BOLEH MUAT KIRA-KIRA 100 ORANG.

KAMI TIBA DI PULAU PAYAR KIRA-KIRA 1100 PAGI. MATAHARI DAH MULA PANAS TERIK TETAPI TERUJA DENGAN SUASANA MUKA BUMI CIPTAAN ILAHI. KAWASAN LAUT LUAS BERSIH DAN SAYUP . SEOLAH-OLAH KAMI BERADA DIDALAM SATU DUNIA LAIN YANG TIDAK DIUSIK OLEH PEMBANGUNAN DAN KEMODENAN YANG KUNUNNYA DEMI MASA DEPAN MANUSIA SEJAGAT. TETAPI MEROSAKKAN ALAM DAN BUMI.

HAMBA SEMPAT MERAKAM BEBERAPA SCENE VIDEO. TAK SABAR RASANYA NAK TERJUN DALAM AIR. AIR LAUT BEGITU JERNIH. TAK SANGKA..HAMBA SELALU DENGAR ORANG KATA AIR SELAT MELAKA KOTOR DAN KEROH TETAPI APABILA DAH SAMPAI SINI BARULAH HAMBA TAHU KEADAAN SEBENARNYA. AIR LAUT KOTOR HANYA DI PANTAI SAHAJA. KALI PERTAMA HAMBA TERUJA DENGAN KEINDAHAN AIR LAUT IALAH SEMASA HAMBA KECIL. KALAU TAK SILAP KETIKA MENONTON DRAMA HOLLYWOOD HAWAI FIVE 0.


 
 
 

DI PULAU NI IKAN YU BANYAK DIDAPATI DAN SELALU HAMPIR KE PANTAI. MUNGKIN KERANA ORANG SELALU CAMPAK MAKANAN LALU IKAN-IKAN INI JADI BERANI. HAMBA SEMPAT JUGA MAIN KEJAR-KEJAR DENGAN 'JERUNG' NI ..

PERCUTIAN HAMBA KE PULAU PAYAR ADALAH YANG PALING BEST SETAKAT INI. KALAU BOLEH HAMBA NAK TINGGAL DI PULAU INI. HAMBA DAH MALAS NAK BALIK KL. TETAPI APAKAN DAYA..HAMBA TERPAKSA HIDUP DALAM DUNIA REALITI.

SELEPAS 4 JAM BERMAIN AIR DAN IKAN YU KAMI DIKEHENDAKI BERADA DI DALAM BOT KIRA-KIRA JAM 3:30 PETANG UNTUK PULANG KE PULAU LANGKAWI. PERJALANAN LANCAR DAN PUASLAH BERMAIN AIR , TELAN AIR DAN MAIN KEJAR-KEJAR DENGAN IKAN YU..

Sunday, November 11, 2012

Seminar Sejarah Melayu Dari Catatan Portugis

Salam

Melalui laman sesawang Persatuan Sejarah Malaysia hamba mendapat tahu akan seminar seperti tajuk diatas yang akan diadakan pada sabtu 10 November 2012 bersamaan          25 ZulHijjah 1433 jam 10 pagi di tingkat empat Persatuan Sejarah Malaysia. Dari rumah hamba bergegas untuk datang. Hamba memang sudah lewat tetapi.. ah masuk ajelah kurang-kurang dapat tahu apa yang sedang dibincangkan.

Panel jemputan ialah Tuan Haji Yahya pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah menuntut di universiti Portugal dan akan membentangkan kajian beliau mengenai catatan-catatan Portugis mengenai sejarah Melayu dan sejarah Melaka.

Dari penyampaian beliau hamba rasa banyak yang hendak dipersoalkan tetapi disebabkan masa dan hadirin yang lebih ramai bertanya jadi hamba batalkan niat sahaja. Persoalan mengenai orang melayu dan kerajaan melayu masih banyak yang perlukan kajian terperinci. InsyaAllah di lain seminar hamba akan hadir.
Selepas jamuan makan hamba ke bahagian pinjaman buku-buku . Hendak pinjam buku tetapi bila difikirkan kembali buku-buku yang ada di rumah yang tidak habis dibaca dan makin menimbun , hamba batalkan niat aje. Nanti lain kali datang lagi. Nak membaca sekarang ini memang malas. Ya Allah !!

Hamba keluar dan terus ke pejabat. Hujan dah mula rintik-rintik. Kalau hendak balik rumah jauh lagi ni. Baik pergi pejabat dan selesaikan sedikit kerja yang tertangguh. Peliknya hujan tak jadi. Hendak keluar makan di kedai bila dikenangkan basah kena hujan, .. tak jadi pergi makan pulak. Lalu hamba buat air panas aje di pejabat. Kerja pun dapat bereskan. Sehinggalah jam 5 petang sebaik aje hamba padam komputer dan menyarung jaket secara tiba-tiba hujan menderu turun. Hendak tak hendak hamba redah aje. Hidupkan enjin moto dan panaskan secukupnya lalu membelah titisan air hujan. Hamba sebenarnya teringat untuk pergi ke suatu tempat yang sudah lama teringin untuk dilawati. Lalu hamba mengambil peluang yang ada untuk menyusuri Jalan Ampang Kuala Lumpur.
 
Jalan Ampang menghala ke Ampang dan yang menghala ke pusat bandaraya di hadapan Saloma Bistro.
Hamba membelok ke arah tanah perkuburan Islam jalan Ampang.
Pintu gerbangnya.
Mari masuk ke dalam.
Kawasan sekitar pusara Jalan Ampng ini bersih dan nampaknya dijaga rapi.
Hamba mencari pusara Allahyarham Teuku Zakaria ibni Teuku Nyak Putih atau lebih dikenali Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Selepas 40 tahun inilah kali pertama hamba menjejakkan kaki ke pusaranya. Masa hamba kecil hamba sangka pusara P Ramlee di Masjid Negara, rupanya di sini. Alhamdulillah sampai juga hajat di hati. AlFatehah.
 
Semua orang kenal siapa P Ramlee.  Seniman tersohor tanah air.  Peranan beliau di persada seni negara amat dikagumi.  Tak hairan ribuan orang ramai mengiringi jenazah beliau ketika disemadikan.  Nilai seni beliau amat tinggi.  Filem-filem beliau masih lagi ditonton sehingga kini.   Tetapi generasi selepas hamba adakah akan kenal siapa             P Ramlee ?

Hamba ada melawat beberapa pusara lagi yang nesannya amat luar biasa besar dan berukir indah. Tetapi hamba ditegur oleh penjaga kawasan kubur kerana menceroboh dan tidak ada surat kebenaran untuk menziarah. Minta maaf lah . Hamba pulang dulu.   Hujan lagi ! Lenjunn..!

Thursday, October 18, 2012

Kenangan Lalu...

Salam

         1950. Tok hamba ..duduk kiri. Nenek hamba duduk sebelah tok. Yang cute tu emak hamba. Cute nya omak.. he he.. SELAMAT HARI LAHIR OMAK yang ke 68. Semoga di rahmati, murah rezeki, sihat wal afiat, dapat menunaikan umrah, panjang umur, dapat menunaikan ibadah dengan sempurna, dapat jumpa kakak ( emak saudara hamba - tiada dalam gambar ) dan gembira selalu bersama ayah dan cucu-cucu. Amin.
Al fatehah untuk tok, nenek dan arwah-arwah. Al fatehah.
1950. My grandfather sit left.. granny sit next to grandpa. the one who is so cute is my mom.
I would like to wish you happy birthday. May Allah bless you , happy , in good health , hope we can go for umrah and happy living with grandson and dad.
Al fatehah for atok and nenek.
Alfatehah.