..kapal dagang dari Melaka
mudik ke hulu sungai Acheh
selamat datang ke blog hamba
sudilah komen terima kasih..

Sunday, April 15, 2012

TIOMAN.. MALAS NYA..



Assalammualaikum

23 Mac 2012 selepas jam 1800 hamba begegas pulang ke rumah. Mandi dan mengemas pakaian. Kami mahu ke pulau Tioman sebagai percutian tahun 2012 ini. Selepas 2030 malam kami mengambil 3 orang lagi rakan yang turut serta dalam misi percutian kami ini. 3 orang gadis yang comel-comel belaka. Hamba seorang jejaka dikelilingi 4 orang dayang-dayang.
wow..!! 4..? tadi kata 3..?.. yalahhh yang seorang lagi tu mem laa...

Hamba memecut kereta ke TBS . Kami akan menaiki bas ekspress jam 2330. Belum makan pulak tu so kena cepat sampai, makan dan berehat sebelum menaiki bas yang akan mengambil masa 4 hingga 5 jam untuk sampai ke jeti Mersing. Turut serta ialah 2 orang adek-beradek anak saudara hamba.


Transnasional pun berlepas tepat waktu. Mengambil lebuhraya KL - Seremban, kemudian melalui Kuala Pilah, Bahau, Muadzam, Rompin dan tiba di Mersing jam 430 pagi. Cepat betul sampai. Hamba tak boleh nak tidur semasa di dalam bas walaupun mata mengantuk, penat bekerja di siang hari dan terkejar-kejar. Mungkin kerana tempat duduk yang tak selesa. Hamba rasa Transnasional patut upgrade sedikit bas mereka. Khususnya tempat duduk yang rasanya tak selesa. Hamba rasa bas tersebut lebih diberi perhatian pada enjinnya tetapi bahagian dalaman bas seperti kusyen, tempat kaki, tempat barang teruk.. Apabila bas telanggar lobang sedikit habis bergegar satu bas. Bunyi bergetar sini sana kedengaran dan mengganggu .

Di jeti di bangunan yang menempatkan travel agen kami lepak dan minum pagi sementara menunggu hari siang dan menunggu pejabat travel tour buka untuk ambil tiket feri. Tiket feri berharga RM70 untuk dewasa pergi dan balik . Kami naik bot feri pertama jam 0730 dan tiba kira-kira jam 0930 pagi terus ke Damai Resort. Dapat minum pagi lagi. Terima kasih kepada pengusaha di sana terutama En. Bob atas pelawaan minum pagi itu walaupun pakej makan kami bermula pada malam nanti.


Tengah minum kat kafeteria. Back ground gambar masih gelap kalu tak silap jam 0600 pagi.


Suasana pagi di Kuala Mersing. Jam 0630 kalu tak silap. Pulau apa yang kelihatan dah lupa namanya.

Kawan baru semasa melintas jalan hendak ke jeti. Kucing ini mengikut kami hampir ke jeti dari stesen bas Mersing.
Jeti Jabatan Laut Mersing sudah ramai orang yang tunggu hari siang hendak ke Tioman.
Damai Resort Kampung Genting. Restorannya bercat putih. Semasa kami tiba air surut sedikit tetapi air laut tetap jernih.
Selepas dapat bilik kami rehat dan hanya mandi laut kira-kira jam lima disebabkan cuaca agak panas. Diorang ni pantang nampak air berendam aje..
Malam jam 8 kami ke restoran untuk makan malam. Boleh tahan lah makan. Enak aje. Hamba tak kisah bab makan ni. Yang penting dapat santai. Bercuti puas-puas. Kalau tak silap lauknya ikan masak pedas. Ikan apa entah. Makan aje lah.. Lepas makan kami lepak jap kat jeti. Angin menderu dan.. si afiq anak saudara hamba kehilangan seliparnya selepas dia secara tidak sengaja tersepak seliparnya sendiri jatuh dari jeti. keh keh keh Ateh ketawakan dia...


Jam 8 pagi kami bangun dan sarapan. Hari ini kami akan snokel di Taman Laut Pulau Tioman dan Pulau Renggis. Tak sabar rasanya...Kat jeti kumpulan lain dah lama lesap dalam perot bot menuju ke tempat snokel atau skuba. Hanya kumpulan kami yang masih tersadai kat jeti tunggu bot.
Pulau Renggis.

Kali pertama hamba ambil gambar dalam air. Kamera digital hamba tak boleh masuk dalam air tetapi hamba telah beli casing water proof dan ia berfungsi dengan baik. Cuma...hamba ni malas amek gambar..
Seperti yang hamba beri tajuk untuk artikel kali ini 'TIOMAN..MALASNYAAA' ia merujuk kepada mood hamba yang bercuti dalam keadaan fikiran masih terawang kat ofis disebabkan audit yang sedang dijalankan disyarikat tempat hamba bekerja. Lima tahun dulu semasa audit sedang dijalankan hamba telah memberi kerjasama tetapi hasil audit itu amat mengecewakan hamba. Itu sebab hamba rasa kurang ceria sedikit semasa bercuti di Tioman ini walaupun niat hendak ke Tioman sudah terpahat sejak dari kecil lagi. Tambahan pula tempat yang dilawati amat terkenal diseluruh dunia. Apa pun hamba layan jugak supaya cuti ini berbaloi. Ha ! layan layan..


Si Afiq ..memang berani betul budak ni.

Sekawan ikan kat bawah jeti.
Si Afiq tengah bagi ikan makan roti. Ni masa kat Pulau Renggis. Gambar berikut adalah coral yang terdapat di Pulau Renggis. Hamba bukan professional amek gambar tetapi dengan kamera digital yang sudah berusia 4 tahun hamba rasa gambar-gambarnya masih cantik cuma tak cukup tajam.































Sebelum kami terjun ke dalam air kami terlebih dahulu melawat Pusat Taman Laut Pulau Tioman . Sempat juga membeli belah kat kampung Tekek beli roti nak bagi ikan makan.

Semasa snokel di Pulau Rengis hamba ada ternampak kesan rempuhan dasar bot ke atas batu karang yang terdapat di pulau itu. Akibatnya kerosakan batu karang jelas kelihatan . Ini amat mengecewakan kerana dalam usaha untuk menjaga karang-karang laut ini supaya tidak rosak dan musnah masih terdapat pemandu bot yang secara sengaja atau tidak melabuhkan bot mereka begitu hampir dengan pulau. Sepatutnya mereka lebih arif akan pasang surut air laut supaya dasar bot tidak melanggar karangan laut.


Lapangan terbang Pulau Tioman.



Sekitar Tekek ada lapangan terbang, sekolah, klinik, balai Polis, pusat jualan dan kedai-kedai makan. Kenderaan pun ada tapi tak jauh la diorang pegi dengan kenderaan tu.
Petang hari ke-2 selepas kami snorkeling, hamba dan isteri mengambil kesempatan untuk jalan-jalan berdua disepanjang jalan Kampung Genting Pulau Tioman. Tanpa hamba sedari di Pulau ini terdapat makam lama seorang bangsawan iaitu Datok Bendahara Tun Mohamad bin Datok Bendahara Tun Abdul Majid Bendahara Pahang dan isteri. Bendahara Tun Mohamad dilantik sebagai bendahara Pahang pada 1802 oleh Sultan Johor menggantikan ayahanda beliau Tun Abdul Majid yang telah meninggal dunia. Satu tahun selepas perlantikkan beliau dan isteri berangkat pulang ke Daik Pahang. Malang tidak berbau apabila kapal mereka karam di perairan Tioman dan Tun Mohamad dan isteri terkorban. Jenazah mereka kemudian di kebumikan di Pulau Tioman oleh penduduk Tioman. Begitulah kisah yang terdapat di papan maklumat berkenaan Bendahara Pahang ke-6 ini.
Makam ini kurang dijaga. Bumbung utama hampir menyembah bumi. Membahayakan kepada pelawat yang datang. Rumput juga semakin meninggi.



Nesan Tun Mohamad sebelah kiri sementara nesan isteri beliau gambar bawah.

Kami kemudian berpatah kembali ke kawasan sekitar jeti. Kami tidak mandi laut lagi disebabkan dah letih dan badan rasa berbuai-buai dipukul ombak. Budak-budak ni pula ambil kesempatan untuk mencanting batik digerai yang menjual kain batik. Boleh canting sendiri sambil ditunjuk ajar pemilik kedai.
Helloo !! you make me crazyy duud...

Senja.. bot berlaboh.. kami berehat di chalet. Kemudian jam 8 malam kami turun makan lepas tu pegi sambung chanting batik. Hamba layan aje bebudak ni..
Hari ke-3 kami di Tioman . Masing-masing malas bangun untuk minum pagi. Jam 10 baru diorang bangun untuk ambil batek yang diorang buat malam tadi. Sementara hamba turun ke laut jam 11 mandi di pantai . Sengaja lepas gian. Jam 12 kami sudah chekout dan berkumpul di jeti. Bot feri dijangka sampai jam 1:30 petang dan memang tepat waktu ia sampai.
Di Kuala Mersing kami makan tengah hari dan berehat sementara menunggu jam 5 petang . Kami akan kembali ke stesen bas Kuala Mersing , menaiki bas Transnasional jam 6 petang dan kembali ke Kuala Lumpur.
Dalam bot kembali ke Kuala Mersing.

Yuhuu!! bawa diri nampak..
Menara jam di dataran Kuala Mersing. Gambar dari kamera DSLR tidak berapa menjadi lah. Mungkin lensa nya ada mengalami sedikit kerosakan. Ini yang tak best ni.. Apa pun Alhamdulillah selamat kami pergi dan selamat kami kembali. Maka kami pun menyambung tugas sebagai orang yang bekerja di Kuala Lumpur ni. Nak pergi bercuti lagi kena tunggu perancangan akan datang. Cuti kali ni memang hamba bajet gila pasal dah terlebih belanja kepada benda-benda lain khususnya bayar hutang. Ok kita jump lagi . Wassalam..