..kapal dagang dari Melaka
mudik ke hulu sungai Acheh
selamat datang ke blog hamba
sudilah komen terima kasih..

Sunday, May 31, 2015

Makam Dato Dol Said



Assalammualaikum wrh wht

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan RabbulJalil.

Lama tidak menulis. hamba rasa tidak perlulah mengulas kemana pergi setelah lama tidak menulis,  yang pasti memang ada kerja yang perlu dibuat dan masa yang begitu terhad untuk menulis . Sementelahan pula tiada komputer untuk diketuk.

Sekarang ini hamba akan terus sahaja kepada agenda utama hamba seperti biasa iaitu menjejaki sejarah bangsa.

30 Mei 2015 setelah keluar dari rumah mertua di kuala sungai baru melaka hamba memecut motosikal untuk ke Naning Alor Gajah .
Niat hamba untuk bersolat di Masjid Dato Dol Said Taboh Naning dan menziarahi makam Dato Dol Said  pahlawan melayu.


Selepas solat hamba turun ke tanah makam. Kawasan makam bersih dan terdapat lain-lain kuburan disini.
Di tanah kubur ini juga terdapat kubur penghulu Naning selepas era almarhum Dato Dol Said.

Apa yang hamba terkejut selepas menziarahi makam ini adalah terdapatnya makam lain yang terletak diluar pagar kawasan tanah kubur Masjid Dato Dol Said.



Terdapat tidak kurang tiga kuburan yang berbatu nesan Aceh bersebelahan antara satu sama lain terletak di dalam kawasan tanah yang dipenuhi pohon kelapa sawit. Nesan yang terdapat adalah terdiri dari tiga jenis ukiran batu yang berbeza. Hamba cuba snap gambar sebaik mungkin tetapi disebabkan tangan hamba teruk dibelasah nyamuk maka gambar yang dirakam tidak berapa menjadi.



Bersebelahan tiga makam berbatu nesan Aceh ini terdapat petak yang terdapat empat buah batu besar diletak seperti dua buah kuburan. Hamba tidak tahu siapa pemilik makam-makam ini dan kenapa tiada catatan mengenainya.
Selepas mensedekahkan Al Fatehah hamba cuba dapatkan penjelasan melalui Imam Masjid yang hamba temui. Malangnya tuan Imam sendiri tidak tahu dan mengesyorkan hamba berjumpa dengan waris Almarhum Dato Dol Said . Hamba menunggu beliau di masjid sementara menantikan waktu Asar. Mana tahu jika waris Dato Dol Said datang dan sudi bersembang bersama hamba malangnya beliau tidak hadir.

Selepas solat hamba menuju ke rumah beliau untuk mendapatkan penjelasan.
Tuan Haji Zainuddin bin Haji Md Shah sudi menceritakan perihal makam Dato Dol Said tetapi beliau sendiri tidak pasti milik siapa kah makam - makam yang berbatu nesan Aceh. Hamba benar benar kecewa dengan maklumat ini. Beliau hanya memaklumkan kemungkinan kuburan itu milik para panglima di zaman silam khususnya zaman Dato Dol Said. Wallahualam. Beliau mengesyorkan hamba membeli buku bertajuk Tambo Alam Naning tulisan Y.A.M. al-Marhum Dato'  Orang Kaya Seri Raja Merah Dato' Penghulu Naning Md Shah bin Mohd Said Al haj selaku bekas penghulu Naning ke (undang Naning ke 18) .

Selepas bersalaman hamba memecut motosikal meninggalkan Naning denagn seribu persoalan . Kemana lagi hendak dicari maklumat berkenaan nesan - nesan Aceh tersebut. Rugi betul tidak mendapat jawaban. Jika tuan-tuan sendiri ada maklumat tolonglah beritahu hamba. Hamba da kemaruk ni..!!

Hamba menuju ke Pengkalan Alor Gajah untuk menziarahi makam yang hamba pernah ziarahi dahulu . Iaitu makam Datuk Paduka Maharajalela di Kampung Melaka Pindah. Hamba juga sempat menziarahi makam Datok Panglima Dabor yang merupakan pengikut kepada Datuk Paduka Maharajalela. Selepas mensedekahkan Alfatehah hamba bergegas meninggalkan Alor Gajah sebab rintik rintik hujan makin tebal .

Alfatehah.

Berikut adalah gambar makam Datok Paduka Maharajalela dan Datok Panglima Dabor .




Sekian .