..kapal dagang dari Melaka
mudik ke hulu sungai Acheh
selamat datang ke blog hamba
sudilah komen terima kasih..

Monday, September 12, 2011

TANJUNG TUAN

Assalammualaikum



Sebelum bulan puasa hamba ada menjengah ke Tanjung Tuan Melaka. Melihat-lihat kawasan persekitaran. Di kawasan perkhemahan sudah ada bangunan di buat oleh Jabatan Perhilitan. Jadi kawasan ini sudah ada wajah baru. Hamba tidak tahu samada mendirikan bangunan di kawasan ini adalah satu tindakan yang tepat atau tidak sebab apabila sudah ada bangunan maka akan ada bahan terbuang dan kerosakan bahan-bahan binaan. Buat masa ini kawasan ini nampak bersih dan dijaga. Esok lusa tak tahulah.






Jalan masuk mendaki dan lengang sebab hari masih panas kira-kira jam 1430. Biasanya ramai juga pengunjung yang naik sampai ke rumah api.





Tangga ke rumah api. Rumah api ini dibina oleh British di tapak rumah api asal yang dibina oleh Portugis. Hamba tertanya sendiri bagaimana bentuk asal puncak Tanjung ini sebelum ada rumah api..?!





Pemandangan laut Selat Melaka. Air surut.


Trek ke tapak khemah.


Ini kawasan perkhemahan . Ada telaga tempat hamba mandi sepuasnya.
Sebenarnya hamba tak boleh lama sebab ada urusan lain tapi dah sampai sini maka tak sah kalau tak buat air kopi sambil pekena biskut.





Air laut surut ketika ini. Tanjung Tuan ini banyak perkara boleh di paparkan seperti sejarahnya, penghijrahan burung-burung dari utara ke selatan, keliling pantainya dan lain-lain lagi. Tetapi oleh kerana hamba tidak boleh lama disini maka hamba singkatkan saja lawatan hamba. InsyaAllah akan kita sambung di lain masa.

Friday, February 11, 2011

BUKU-BUKU SEJARAH MELAYU

ASSALAMMUALAIKUM

HAMBA SEDANG MENCARI BEBERAPA JENIS BUKU-BUKU TERUTAMA BERKENAAN SEJARAH MELAYU UNTUK KOLEKSI DAN KAJIAN HAMBA.

SEKIRANYA TUAN-TUAN HAMBA ADA KOLEKSI SUDILAH KIRANYA PINJAM ATAU JUAL ATAU MAKLUMKAN KEPADA HAMBA TEMPAT UNTUK MENDAPATKAN BUKU-BUKU TERSEBUT.

SENARAI BUKU TERSEBUT :

1.SULALATUS SALATIN
2.SEJARAH MELAYU
3.TUHFAT AL NAFIS
4.AHLUL BAIT RASULULLAH DAN RAJA-RAJA MELAYU
5.HIKAYAT SIAK


INSYAALLAH JIKA ADA BUKU LAGI YANG HAMBA CARI HAMBA AKAN TAMBAH.

WASSALAM