SABTU 3 SEPTEMBER 2011 MASEHI BERSAMAAN 5 SYAWAL 1432 HIJRAH HARI RAYA KE 5 HAMBA MENGIKUTI KANDA YANG TUA MENJEJAKI SATU MAKAM LAMA DI PINGGIR BANDAR MELAKA. MAKAM TOK KOLAH TERLETAK DI PUNCAK BUKIT DUYONG MELAKA. MAKAM INI TERLETAK DI PUNCAK TEBING CURAM YANG SUDAH TERHAKIS. TERDAPAT BEBERAPA NESAN SELAIN NESAN TOK KOLAH. NESAN TOK KOLAH DARI BATU MERAH TIDAK BERPAHAT SEPERTI NESAN BATU ACEH DAN TERDAPAT SATU KUBUR BERNESAN BATU MERAH DAN DIPAHAT. SAYANGNYA KUBUR INI HANYA TINGGAL SATU NESAN SEMENTARA SATU NESAN LAGI SUDAH JATUH AKIBAT TEBING YANG RUNTUH. HAMBA PERCAYA JIKA TIADA USAHA UNTUK MENYELAMATKAN MAKAM INI MAKA AKAN MUSNAHLAH SATU LAGI BUKTI SEJARAH AKAN KEUJUDAN ORANG MELAYU MELAKA YANG HIDUP DI ZAMAN KERAJAAN MELAYU MELAKA.
HAMBA TERTANYA SENDIRI SIAPA TOK KOLAH DAN KENAPA TIADA CATATAN BERKENAAN BELIAU. UNTUK BEBERAPA HARI HAMBA TAK LENA TIDUR DAN SEPERTI ADA YANG MENGGERAKKAN HAMBA UNTUK MENCARI MAKLUMAT. HAMBA TERINGAT CERITA DATUK LAKSAMANA HANG TUAH YANG DIKATAKAN MEMPUNYAI SAUDARA BERNAMA TUN KULA/KULAH. LALU HAMBA TERINGAT AKAN MANUSKRIP HIKAYAT HANG TUAH YANG ADA MENCERITAKAN AKAN TUN KULA/KULAH. MENURUT MANUSKRIP ITU TUN KULA/KULAH IALAH SEPUPU HANG TUAH. HIDUP SEZAMAN BELIAU. MAHIR BERSILAT DAN PENULIS HIKAYAT HANG TUAH TERSEBUT. TUN KULA/KULAH JUGA DIKATAKAN MATI KETIKA BERPERANG MENENTANG PORTUGIS DAN DIKEBUMIKAN DI DUYONG MELAKA TETAPI TIDAK DIKATAKAN DI MANA. SAMADA BUKIT DUYONG ATAU KAMPUNG DUYONG. HAMBA MENGANDAIKAN BAHAWA MAKAM TERSEBUT ADALAH MAKAM TUN KULA/KULAH YANG KAMI SEBUT TOK KOLAH. TETAPI MAKAM ITU CUKUP LAMA DAN TIDAK MUNGKIN IA UJUD KIRA-KIRA SERATUS TAHUN LALU KERANA NESANNYA DARI BATU MERAH.
HAMBA BERHARAP KERAJAAN NEGERI DAPAT BERBUAT SESUATU UNTUK MENYELAMATKAN MAKAM INI DARI MUSNAH DITELAN ZAMAN. HAMBA JUGA BERHARAP SUDILAH KIRANYA WARIS-WARIS DAN PIHAK-PIHAK YANG MENGETAHUI AKAN KISAH TOK KOLAH / TUN KULA/KULAH INI AGAR TAMPILLAH. AGAR DAPAT MERAKAMKAN SEJARAH BANGSA INI. KEPADA PERSATUAN SEJARAH MELAKA BUKALAH MINDA DAN PERLUASKAN TUGAS ANDA AGAR LEBIH BANYAK SEJARAH DAPAT DIBONGKAR DAN DIRAKAM KEUJUDANNYA. HAMBA YAKIN KITA MASIH SEMPAT UNTUK MERAKAMKAN SESUATU SEKALI PUN SEJARAH SUDAH MELANGKAUI 500 TAHUN. ADALAH LEBIH MEMADAI DARI KITA TERUS KEHILANGAN JEJAK SEJARAH BANGSA INI BAGI TATAPAN GENERASI AKAN DATANG. KELAK ANAK CUCU TIDAK AKAN MAHU LAGI MENGENALI SEJARAH BANGSA SENDIRI.
HAMBA BERHENTI SAMPAI SINI DAHULU. INSYAALLAH HAMBA AKAN SERTAKAN GAMBAR MAKAM TOK KOLAH INI PADA SEDIKIT MASA LAGI.
email hamba tokpakehtemenggong@gmail.com
Puncak Bukit Duyong ada menara pemancar telekomunikasi dan lain-lain.
Ini Makam Tok Kolah.
Sementara pangkal pohon yang kelihatan dibelakang pula adalah salah satu kubur lagi yang sudah ditelan oleh pohon yang besar itu. Sementara akar pohon ini sebenarnya sudah tergantung dan jika hakisan berterusan berlaku maka pohon dan makam tersebut akan tumbang dan jatuh kebawah.
Sekian.
tokpakehtemenggong
sayapun sedih tengok keadaan makam tok kolah ni. klu ada masa hubungi saya,nak juga tengok makam ni ! 0176484946--yusdi.
ReplyDeleteNanti kita pegi tengok sama2 klu ada masa k
ReplyDeleteemail sy: yosdees@gmail.com