..kapal dagang dari Melaka
mudik ke hulu sungai Acheh
selamat datang ke blog hamba
sudilah komen terima kasih..

DATUK MANILA

ASSALAMMUALAIKUM


SEBENARNYA UNTUK ARTIKEL KE-3 INI HAMBA BERCADANG UNTUK MENULIS TENTANG TOKPAKEHTEMENGGONG YANG HAMBA GUNA NAMANYA. TETAPI OLEH KERANA HAMBA BELUM BERSEDIA MAKA HAMBA TUKAR KEPADA SEORANG TOKOH LAIN .
DATUK MANILA NAMA DIBERI DAN HAMBA PERCAYA BELIAU SEORANG YANG ALIM DAN GIGIH MENYAMPAIKAN ISLAM. BELIAU DIKATAKAN BERASAL DARI MANILA FILIPINA DAN BERHIJRAH KE MELAKA MUNGKIN AKIBAT DARI PEPERANGAN YANG BERLAKU DI NEGARA BELIAU. PERANG YANG BERLAKU ANTARA ORANG TEMPATAN DAN PENJAJAH SEPANYOL. SEPERTI YANG DI CATATKAN DIDALAM SEJARAH, SEPANYOL TELAH MENJAJAH FILIPINA. AKAN TETAPI KURANG SEKALI BUTIRAN MENGENAI PAHLAWAN YANG TERDAPAT DI NEGARA TERSEBUT. MUNGKIN DISEBABKAN TINDAKAN PENJAJAH YANG MEMADAM ATAU MENYOROKKAN AKAN CERITA PAHLAWAN TEMPATAN YANG TELAH MENGANGKAT SENJATA MENENTANG MEREKA.
APABILA DIFIKIRKAN SIAPAKAH ORANG YANG MAHU DAN SANGGUP MELAWAN PENJAJAH? HANYA ORANG ISLAM YANG MENJADI PEMIMPIN DAN KUAT IMANNYA AKAN BERTINDAK. INI DISEBABKAN BARAT MEMANG TIDAK MENYUKAI ISLAM WALAU APA CARA SEKALI PUN.
DI BAWAH ADALAH MAKAM BELIAU YANG TERLETAK DI TENGKERA MELAKA.



HAMBA TERFIKIR SENDIRIAN BAGAIMANA MAKAM YANG BEGITU INDAH INI TERDAPAT DI NEGERI INI. SIAPA YANG MEMBINA MAKAM INI DAN BAGAIMANA IDEA UNTUK MENDIRIKAN MAKAM INI. KENAPAKAH DATUK MANILA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SEBEGINI. ADAKAH KERANA BELIAU SEORANG ALIM ULAMA? , PEMIMPIN MASYARAKAT? HAMBA PERCAYA MASIH TERAPAT BANYAK LAGI BENTUK MAKAM INI DI MANA-MANA NEGARA.



NESAN DATUK MANILA DIBALUT KAIN KUNING. ADAKAH KAIN KUNING TANDA SEORANG RAJA ATAU SEBAGAI SIMBOL PEMIMPIN MASYARAKAT YANG DISEGANI DAN RAMAI PENGIKUT.










LAMBANG DI ATAS KUBAH MAKAM DATUK MANILA. CANTIK DAN UNIK.




PINTU GERBANG KE MAKAM. UNIK DAN TERSENDIRI.


APA YANG PASTI MAKAM INI UJUD. DAN BERSEMADINYA SEORANG INSAN YANG SOLEH . SEMOGA ROH BELIAU DITEMPATKAN BESAMA PARA SOLEHIN DAN MUJAHID. MALANGNYA ADA UNSUR-UNSUR KHURAFAT SEPERTI PEMUJAAN NOMBOR RAMALAN, BERTAPA DAN SEBAGAINYA . KITA HARAPKAN PERBUATAN SEPERTI INI AKAN TERUS DI PANTAU DAN DIHAPUSKAN DEMI MENJAGA KESUCIAN ISLAM.


SEKIAN .

No comments:

Post a Comment