..kapal dagang dari Melaka
mudik ke hulu sungai Acheh
selamat datang ke blog hamba
sudilah komen terima kasih..

Sunday, November 11, 2012

Seminar Sejarah Melayu Dari Catatan Portugis

Salam

Melalui laman sesawang Persatuan Sejarah Malaysia hamba mendapat tahu akan seminar seperti tajuk diatas yang akan diadakan pada sabtu 10 November 2012 bersamaan          25 ZulHijjah 1433 jam 10 pagi di tingkat empat Persatuan Sejarah Malaysia. Dari rumah hamba bergegas untuk datang. Hamba memang sudah lewat tetapi.. ah masuk ajelah kurang-kurang dapat tahu apa yang sedang dibincangkan.

Panel jemputan ialah Tuan Haji Yahya pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah menuntut di universiti Portugal dan akan membentangkan kajian beliau mengenai catatan-catatan Portugis mengenai sejarah Melayu dan sejarah Melaka.

Dari penyampaian beliau hamba rasa banyak yang hendak dipersoalkan tetapi disebabkan masa dan hadirin yang lebih ramai bertanya jadi hamba batalkan niat sahaja. Persoalan mengenai orang melayu dan kerajaan melayu masih banyak yang perlukan kajian terperinci. InsyaAllah di lain seminar hamba akan hadir.
Selepas jamuan makan hamba ke bahagian pinjaman buku-buku . Hendak pinjam buku tetapi bila difikirkan kembali buku-buku yang ada di rumah yang tidak habis dibaca dan makin menimbun , hamba batalkan niat aje. Nanti lain kali datang lagi. Nak membaca sekarang ini memang malas. Ya Allah !!

Hamba keluar dan terus ke pejabat. Hujan dah mula rintik-rintik. Kalau hendak balik rumah jauh lagi ni. Baik pergi pejabat dan selesaikan sedikit kerja yang tertangguh. Peliknya hujan tak jadi. Hendak keluar makan di kedai bila dikenangkan basah kena hujan, .. tak jadi pergi makan pulak. Lalu hamba buat air panas aje di pejabat. Kerja pun dapat bereskan. Sehinggalah jam 5 petang sebaik aje hamba padam komputer dan menyarung jaket secara tiba-tiba hujan menderu turun. Hendak tak hendak hamba redah aje. Hidupkan enjin moto dan panaskan secukupnya lalu membelah titisan air hujan. Hamba sebenarnya teringat untuk pergi ke suatu tempat yang sudah lama teringin untuk dilawati. Lalu hamba mengambil peluang yang ada untuk menyusuri Jalan Ampang Kuala Lumpur.
 
Jalan Ampang menghala ke Ampang dan yang menghala ke pusat bandaraya di hadapan Saloma Bistro.
Hamba membelok ke arah tanah perkuburan Islam jalan Ampang.
Pintu gerbangnya.
Mari masuk ke dalam.
Kawasan sekitar pusara Jalan Ampng ini bersih dan nampaknya dijaga rapi.
Hamba mencari pusara Allahyarham Teuku Zakaria ibni Teuku Nyak Putih atau lebih dikenali Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Selepas 40 tahun inilah kali pertama hamba menjejakkan kaki ke pusaranya. Masa hamba kecil hamba sangka pusara P Ramlee di Masjid Negara, rupanya di sini. Alhamdulillah sampai juga hajat di hati. AlFatehah.
 
Semua orang kenal siapa P Ramlee.  Seniman tersohor tanah air.  Peranan beliau di persada seni negara amat dikagumi.  Tak hairan ribuan orang ramai mengiringi jenazah beliau ketika disemadikan.  Nilai seni beliau amat tinggi.  Filem-filem beliau masih lagi ditonton sehingga kini.   Tetapi generasi selepas hamba adakah akan kenal siapa             P Ramlee ?

Hamba ada melawat beberapa pusara lagi yang nesannya amat luar biasa besar dan berukir indah. Tetapi hamba ditegur oleh penjaga kawasan kubur kerana menceroboh dan tidak ada surat kebenaran untuk menziarah. Minta maaf lah . Hamba pulang dulu.   Hujan lagi ! Lenjunn..!

Thursday, October 18, 2012

Kenangan Lalu...

Salam

         1950. Tok hamba ..duduk kiri. Nenek hamba duduk sebelah tok. Yang cute tu emak hamba. Cute nya omak.. he he.. SELAMAT HARI LAHIR OMAK yang ke 68. Semoga di rahmati, murah rezeki, sihat wal afiat, dapat menunaikan umrah, panjang umur, dapat menunaikan ibadah dengan sempurna, dapat jumpa kakak ( emak saudara hamba - tiada dalam gambar ) dan gembira selalu bersama ayah dan cucu-cucu. Amin.
Al fatehah untuk tok, nenek dan arwah-arwah. Al fatehah.
1950. My grandfather sit left.. granny sit next to grandpa. the one who is so cute is my mom.
I would like to wish you happy birthday. May Allah bless you , happy , in good health , hope we can go for umrah and happy living with grandson and dad.
Al fatehah for atok and nenek.
Alfatehah.

Friday, October 5, 2012

XPDC Batu Sempadan Melaka

Kapal dagang dari Melaka
Mudik ke hulu sungai Aceh
Selamat Datang ke blog hamba
Sudilah komen, terima kaseh

Semalam 29 September 2012 hamba keluar rumah jam 0730 dari Shah Alam menuju kampung di Melaka. Kalau balik kampung baru hamba dapat berjalan. Hari lain jangan harap sebab tiada masa.
Seperti hajat hamba untuk melakukan xpdc sempadan Melaka maka hari tersebut sebaik sampai ke rumah mertua hamba, hamba hanya singgah kurang 5 minit lepastu terus aje ke rumah orang tua hamba di bandar Melaka untuk memulakan xpdc . Sekitar jam 1230 hamba menyambung memandu walaupun baru 2 jam tadi memandu dari Shah Alam.

Hamba memandu kereta sendirian tak jadi bawak motor Si Man ipar hamba. Mula-mula hamba ziarah Masjid Duyong Melaka. Selepas solat Zohor hamba menziarahi makam - makam lama yang terdapat di sekitar Masjid. Makam - makam ini memang lama kerana batunya dari jenis batu laterit atau batu merah atau batu lada. Bentuknya memang kasar dan besar-besar.Adalah di percayai makam - makam ini telah ujud semenjak di zaman Kerajaan Melayu Melaka lagi. Malah hamba difahamkan inilah kuburan saudara mara dan orang kampung Dato Laksamana Hang Tuah. Malah mereka yang terkorban dalam perang Melaka - Portugis pada tahun 1511 juga turut dikebumikan disini.

Hamba kemudian meninggalkan kawasan kuburan dan masjid di Kampung Duyong dan memandu ke arah Jasin. Beberapa kilometer kemudian setibanya hamba di Simpang Ranggam Kandang hamba ternampak makam ini.
Milik siapakah makam ini. Batu nesan dari batu merah dan berlilit kain kuning. Kita akan usahakan mencari identiti makam ini.
Setibanya di Jasin jam dah melewati jam 1400 mencari kawasan Medan Selera memberi hamba satu masalah pula kerana tempat letak kenderaan yang agak jauh. Hamba ni kalau letak kereta jauh-jauh ada cerewet sikit pasal tak suka letak kereta diluar lingkungan penglihatan kerana kalau ada orang berniat jahat seperti pecah kereta kita akan lewat bertindak.
Lepas makan terus memandu pasal dah lewat nak sampai Asahan. Salah masuk jalan pulak . Sepatutnya hamba ikut Simpang Bekoh tetapi hamba telah tersalah masuk ikut Nyalas. Punyalah jauh..!!

Sampai Asahan ikut laluan kecil ini. Menuju ke air terjun Asahan.
Ikut pintu gerbang Laman Tiga Budaya.

Ada Kem Lagenda Gunung Ledang (kem PLKN).

Sampai ke Taman Tema Air Laman Tiga Budaya. Di dalam kawasan taman tema ini terletak batu sempadan tiga negeri.
Ini batu sempadan tiga negeri ; Melaka, Negeri Sembilan Dan Johor.

Ini penanda sempadan tiga negeri. Sebelah kiri Negri Sembilan, sebelah kanan Johor (yang ada jalan bertar)dan tempat hamba berdiri adalah Melaka.
JUPM.

Sempat ambil gambar budak-budak main air kat taman tema ni. Lepas tu hamba terus keluar dan menuju ke Sungai Rambai Melaka.

Hamba sampai ke Sungai Rambai dan mengambil jalan Kesang Laut. Kelihatan pintu gerbang Kampung Kesang.
Jalannya lurus aje.

Sampai simpang, belok ke kanan. Lepas jambatan biru belok kiri ke jeti nelayan kuala Sungai Kesang.
Kuala Sungai Kesang memisahkan Melaka dan Johor.
Selepas keluar dari kuala Sungai Kesang singgah kejap di Taman Rekreasi Kesang.
Lengang.. yang ada..beca gergasi..

..takda model nak suh dia diri kat situ nak bandingkan saiz beca ni..

kembali ke Melaka melalui gerbang selatan Sungai Rambai..
Di persimpangan ke Sebatu ada kemalangan ..kereta terbalik..pemandunya? tak tahu apa nasib..
Selepas hamba snap gambar ni terus kamera hamba tutup. Alamak ! bateri abis laa..kacau aje..
Hamba ada singgah satu tempat lagi ( telaga Portugis ) tetapi kamera dah abis bateri. Hamba guna kamera telefon bimbit tapi gambau tak berapa jelas lah..
Adalah dipercayai telaga ini telah digunakan oleh askar Portugis sewaktu mereka menguasai Melaka. Hairannya dikawasan tanah rendah pun boleh ada air telaga. Airnya boleh minum kah ?
Masa tu dah jam 7:30 petang lebih. Hari dah makin gelap. Telefon ni pun gambau nya makin malap. Hamba terus pulang aje. Nanti sambung lagi cerita sempadan Melaka. Sekian..

Friday, September 28, 2012

MAKAM BENDAHARA . APA DAH JADI MAKAM DI LUBOK BATU..!

Assalammualaikum

Pada 15 Jamadilakhir 1433 H bersamaan 5 May 2012 yang lalu hamba keluar rumah dari Shah Alam jam 1030 menuju ke Lenga Johor untuk menghadiri masjlis perkahwinan seorang rakan sepejabat. Peluang dan kesempatan ini hamba ambil dengan niat selepas majlis perkahwinan nanti hamba hendak terus ke Segamat, Bukit Kepong, Pagoh dan Muar sebelum kembali ke kampung di Melaka. Ada tempat yang hamba ingin lawati sejak tahun 2010 lagi tetapi sering tertangguh. Ayuh ikuti perjalanan hamba !

Jalanraya Pagoh ke Lenga lengang memberi peluang kepada hamba untuk memecut laju sedikit pasal dah lewat. Sementara di lebuhraya tadi hamba memandu selama 3 jam dari Shah Alam untuk sampai ke Tol Pagoh. Tak boleh laju pasal kereta banyak.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada saudara Saharin Sahamat dan isteri semoga berbahagia hingga akhir hayat. Amin. Hamba sampai agak lewat dah jam 1400. Nasib baik si Saharin baru nak potong kek. Aaaa!! Potong kek tu... potong ! potong ! ..
Selepas menikmati juadah dan bersalam , hamba tinggalkan majlis . Terus memandu arah Bukit Kepong dan tiba disini.
Di luar kawasan balai Polis ada kenderaan perisai dan bot marin Polis.

Ini ialah bangunan balai Polis Bukit Kepong. Balai Polis ini menggantikan balai Polis yang lama di mana ceritanya telah diketahui oleh semua orang di Malaysia ini. Cuma adakah kita benar-benar tahu cerita Balai Polis Bukit Kepong ini atau tidak . Hamba terfikir sendirian. Sementara itu di mana pula orang-orang komunis yang terlibat dalam serangan ke atas balai Polis itu. Mustahil kesemuanya dah mati. Pasti ada saki baki mereka yang masih hidup dan mengambil peluang, hidup di bumi merdeka ini sebagai 'Rakyat Malaysia'. Mereka hidup dan tidak dihukum. Ianya pasti membahayakan orang Melayu dan mereka yang mencintai keamanan. Hamba tidak mendengar pun samada mereka kesal dan mohon maaf sebaliknya nampaknya mereka lebih giat dengan gerakan-gerakan yang terselindung yang kita tidak nampak. Memang benarlah mereka tidak boleh di percayai dan kita mesti berwaspada agar dapat bertindak segera . Inilah padahnya akibat kita tidak ada kuasa sementara penjajah menggunakan kuasa yang ada pada mereka dengan membawa masuk mereka yang entah datang dari mana. Kononnya untuk kemajuan negara dan rakyat ini. Yang lebih menghairankan kita, ada orang melayu sendiri yang sudah lupa diri sanggup menggadaikan maruah bangsa demi kepentingan peribadi yang tidak seberapa sen itu.

Bangunan ini memang unik. Jauh berbeza dengan balai Polis yang ada di bandar-bandar. Tiada dinding kaca. Yang ada hanya tembok keliling. Macam sebuah kapal. Ketika hamba berdiri di tebing sungai, firasat itu begitu sama dengan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Samsudin. Bangunan ini bertempat di tebing sungai yang sempit. Hanya beberapa meter kemudian kaki bukit adalah sempadannya.
Menghulu Sungai Muar. Dari tebing balai Polis.

Menghilir. Juga dari tebing balai.

Hamba tidak pasti samada balai menghadap kedai-kedai dan bukit atau menghadap sungai. Yang pasti Bukit Kepong memang mengepong kedudukan balai. Dari atas bukit itu mereka turun dan mengepong balai. Mahu lari mana ? Seperti semut yang mengerumun gula lalu bertalu-talu tembakan dilepaskan dengan niat membunuh. Sehingga tidak ada lagi tembakan balas malah balai juga sedang marak dibakar. Hamba rasa ramai yang jenazah mereka terbakar disebabkan meninggal dalam balai dan dalam kubu.
Di dalam bangunan di tempat satu ruang khas memaparkan gambar anggota polis balai bukit kepong yang terkorban, kronologi, kesan kemusnahan balai selepas serangan dan nama-nama anggota yang terkorban.


Makam Bukit Kepong di lereng Bukit Kepong .
Pusara anggota Polis dan keluarga mereka yang terkorban di dalam kawasan makam.

Selepas sedakah AlFatehah hamba melihat jam sudah 1600 petang hamba bergegas masuk kereta dan meninggalkan Bukit Kepong. Satu ribu persoalan bermain dalam fikiran hamba yang tidak dapat di jawab oleh diri sendiri. Pelbagai cerita yang hamba dengar berkenaan peristiwa Bukit Kepong ini. Yang pastinya hanya Allah sahaja yang tahu setiap perincian tragedi ini. Yang penting sekarang ini sebagai orang Melayu Islam kita wajib bersatu dan menentang anasir luar yang cuba untuk menjahanamkan perpaduan orang Melayu dan negara orang Melayu. Hamba rasa orang Melayu sudah tidak boleh mengikut sistem demokratik yang di praktikkan oleh negara ini kerana sudah terbukti orang Melayu berpecah belah . Orang Melayu digalakkan berpolitik yang akibatnya orang Melayu masing-masing bertelagah . Maka jadilah pertentangan antara dua pihak yang kedua-duanya berugama Islam dan berbangsa Melayu. Sementara kaum yang bukan Melayu dan Islam akan melagakan kedua-dua pihak tadi agar terus bertelagah. Sementara mereka menguatkan dasar mereka agar lebih kukuh. Lama-lama pihak Melayu tadi akan menjadi lemah sementara mereka pula menjadi kuat . Lalu apabila mereka sudah menjadi terlalu kuat merekalah yang akan menang dan memerintah orang Melayu pula dan orang Melayu terpaksa tunduk melutut kepada bangsa ini yang dahulunya membunuh tok nenek orang Melayu. Apakah kita masih tidak sedar?

Perjalan berikut hamba menuju ke Segamat. Hamba membatalkan niat untuk ke Pagoh kerana kesuntukan masa. InsyaAllah di lain artikel kita cerita pasal Pagoh.

Perjalanan ke Segamat mengambil lebih masa kerana jauh dan tempat yang hendak dituju pula tidak dapat dipastikan dimana. Hamba tiba di bandar Segamat dan berehat sebentar di Stesen Keretapi Segamat.


Arah ke utara.

Arah ke selatan.

Kawasan kaunter tiket dan tempat duduk . Bersih !




Ada keretapi barang lalu masa tu.. Tujuan hamba singgah stesen keretapi ini ialah untuk bertanya kepada orang yang ada disini letaknya Makam Kampong Lubok Batu tetapi tidak ada yang sesuai hendak ditanya sehinggalah hamba berjumpa seorang abang itu yang hamba agak adalah pekerja KTM. Lalu beliau memberitahu arah jalan.


Ini ialah makam Kampung Lubok Batu. Ayuh kita ke dalam.
Ini ialah makam Raja Temenggong Muar dan keluarga. Perhatikan gelaran mereka .
Ini ialah makam Raja Temenggong Muar 1 Temenggong Sa'akar Diraja ibni Dato Pasir Raja Syed (Sayyid) Jaafar. Temenggong Sa'akar ialah anak pertama Dato Pasir Raja. Selepas kemangkatan Dato Pasir Raja beliau dilantik sebagai Raja Temenggong Muar pertama dengan perkenan Sultan Abdul Jalil (iv) Johor pada 1707. Ayahanda beliau telah memerintah Muar sebelum itu mulai 1674 setelah Sultan Ibrahim Shah 1 menganugerahkan Muar kepada Dato Pasir Raja. Bermula dari Temenggong Sa'akar Dirajalah keturunan Dato Pasir Raja ini memerintah Muar secara turun-temurun.
Apa yang membuatkan hamba kemari ialah mencari makam yang bernombor 3 di dalam papantanda di atas. Iaitu makam Dato Bendahara Tepok ( Bendahara Paduka Tuan Tun Muhammad ibni Bendahara Paduka Raja Tun Perak Melaka ). Beliau ialah Bendahara Kesultanan Melayu Melaka yang terakhir.
Makam Dato Bendahara Tepok berada diluar sebelah kanan makam Temenggong Sa'akar Diraja.


Makam Bendahara Tun Tepok Bendahara Melaka. Nesannya berbunyi ' Al Marhum Dato Bendahara Lubok Batu Bendahara Terakhir Kerajaan Melayu Melaka Mangkat Pada Hari Khamis malam Jumaat Akhir Tahun 1511 ' .

Dari pemerhatian hamba di kawasan pemakaman ini , hamba berasa sedih apabila melihatkan keadaan makam - makam keluarga Temenggong Muar ini pada bahagian lain makam kerana batu nesan telah dicabut dan hilang. Sila lihat gambar dibawah.




Apalah nasib kubur-kubur orang Melayu. Satu hari nanti apabila sudah tiada waris yang mengambil berat akan makam-makam ini maka kita khuatir satu hari nanti sudah tiada tanda tanah ini milik orang Melayu lebih-lebih lagi penguasa Melayu yang pernah memerintah tanah kelahiran mereka sendiri. Ketika itu mungkin tanah akan diambil oleh orang bukan Melayu dan menjadi milik mereka. Apa akan jadi pada nasib bangsa Melayu itu sendiri ? Hamba tidak tahu untuk tujuan apa nesan kubur dicuri dan dibuang  Apakah ada agenda tersembunyi ?

Diluar kawasam pemakaman Lubok Batu terdapat papantanda kronologi berundurnya Datok Bendahara Paduka Tuan, Bendahara Melaka dan rombongan Raja Melaka dari Melaka ke arah Segamat dan Pahang. kajian oleh Drs. Ungku Mohd Zaman Tahir dari Persatuan Penulis Johor.
Hamba beransur pulang. Latar belakang Gunung Ledang menjadi teman. Kenderaan berat banyak dan menjadi sebab lewat tiba ke Melaka.

Setibanya di Sungai Rambai hamba teringat xpdc yang ingin hamba buat . XPDC batu sempadan negeri Melaka. Tunggu ya anak-anak !! nanti tok cerita ya.. tokpakeh nak relek jap ... aah mari picit kaki tokpakeh ni lenguh bawak keta tadi.. meh ! meh !