..kapal dagang dari Melaka
mudik ke hulu sungai Acheh
selamat datang ke blog hamba
sudilah komen terima kasih..

Thursday, October 18, 2012

Kenangan Lalu...

Salam

         1950. Tok hamba ..duduk kiri. Nenek hamba duduk sebelah tok. Yang cute tu emak hamba. Cute nya omak.. he he.. SELAMAT HARI LAHIR OMAK yang ke 68. Semoga di rahmati, murah rezeki, sihat wal afiat, dapat menunaikan umrah, panjang umur, dapat menunaikan ibadah dengan sempurna, dapat jumpa kakak ( emak saudara hamba - tiada dalam gambar ) dan gembira selalu bersama ayah dan cucu-cucu. Amin.
Al fatehah untuk tok, nenek dan arwah-arwah. Al fatehah.
1950. My grandfather sit left.. granny sit next to grandpa. the one who is so cute is my mom.
I would like to wish you happy birthday. May Allah bless you , happy , in good health , hope we can go for umrah and happy living with grandson and dad.
Al fatehah for atok and nenek.
Alfatehah.

Friday, October 5, 2012

XPDC Batu Sempadan Melaka

Kapal dagang dari Melaka
Mudik ke hulu sungai Aceh
Selamat Datang ke blog hamba
Sudilah komen, terima kaseh

Semalam 29 September 2012 hamba keluar rumah jam 0730 dari Shah Alam menuju kampung di Melaka. Kalau balik kampung baru hamba dapat berjalan. Hari lain jangan harap sebab tiada masa.
Seperti hajat hamba untuk melakukan xpdc sempadan Melaka maka hari tersebut sebaik sampai ke rumah mertua hamba, hamba hanya singgah kurang 5 minit lepastu terus aje ke rumah orang tua hamba di bandar Melaka untuk memulakan xpdc . Sekitar jam 1230 hamba menyambung memandu walaupun baru 2 jam tadi memandu dari Shah Alam.

Hamba memandu kereta sendirian tak jadi bawak motor Si Man ipar hamba. Mula-mula hamba ziarah Masjid Duyong Melaka. Selepas solat Zohor hamba menziarahi makam - makam lama yang terdapat di sekitar Masjid. Makam - makam ini memang lama kerana batunya dari jenis batu laterit atau batu merah atau batu lada. Bentuknya memang kasar dan besar-besar.Adalah di percayai makam - makam ini telah ujud semenjak di zaman Kerajaan Melayu Melaka lagi. Malah hamba difahamkan inilah kuburan saudara mara dan orang kampung Dato Laksamana Hang Tuah. Malah mereka yang terkorban dalam perang Melaka - Portugis pada tahun 1511 juga turut dikebumikan disini.

Hamba kemudian meninggalkan kawasan kuburan dan masjid di Kampung Duyong dan memandu ke arah Jasin. Beberapa kilometer kemudian setibanya hamba di Simpang Ranggam Kandang hamba ternampak makam ini.
Milik siapakah makam ini. Batu nesan dari batu merah dan berlilit kain kuning. Kita akan usahakan mencari identiti makam ini.
Setibanya di Jasin jam dah melewati jam 1400 mencari kawasan Medan Selera memberi hamba satu masalah pula kerana tempat letak kenderaan yang agak jauh. Hamba ni kalau letak kereta jauh-jauh ada cerewet sikit pasal tak suka letak kereta diluar lingkungan penglihatan kerana kalau ada orang berniat jahat seperti pecah kereta kita akan lewat bertindak.
Lepas makan terus memandu pasal dah lewat nak sampai Asahan. Salah masuk jalan pulak . Sepatutnya hamba ikut Simpang Bekoh tetapi hamba telah tersalah masuk ikut Nyalas. Punyalah jauh..!!

Sampai Asahan ikut laluan kecil ini. Menuju ke air terjun Asahan.
Ikut pintu gerbang Laman Tiga Budaya.

Ada Kem Lagenda Gunung Ledang (kem PLKN).

Sampai ke Taman Tema Air Laman Tiga Budaya. Di dalam kawasan taman tema ini terletak batu sempadan tiga negeri.
Ini batu sempadan tiga negeri ; Melaka, Negeri Sembilan Dan Johor.

Ini penanda sempadan tiga negeri. Sebelah kiri Negri Sembilan, sebelah kanan Johor (yang ada jalan bertar)dan tempat hamba berdiri adalah Melaka.
JUPM.

Sempat ambil gambar budak-budak main air kat taman tema ni. Lepas tu hamba terus keluar dan menuju ke Sungai Rambai Melaka.

Hamba sampai ke Sungai Rambai dan mengambil jalan Kesang Laut. Kelihatan pintu gerbang Kampung Kesang.
Jalannya lurus aje.

Sampai simpang, belok ke kanan. Lepas jambatan biru belok kiri ke jeti nelayan kuala Sungai Kesang.
Kuala Sungai Kesang memisahkan Melaka dan Johor.
Selepas keluar dari kuala Sungai Kesang singgah kejap di Taman Rekreasi Kesang.
Lengang.. yang ada..beca gergasi..

..takda model nak suh dia diri kat situ nak bandingkan saiz beca ni..

kembali ke Melaka melalui gerbang selatan Sungai Rambai..
Di persimpangan ke Sebatu ada kemalangan ..kereta terbalik..pemandunya? tak tahu apa nasib..
Selepas hamba snap gambar ni terus kamera hamba tutup. Alamak ! bateri abis laa..kacau aje..
Hamba ada singgah satu tempat lagi ( telaga Portugis ) tetapi kamera dah abis bateri. Hamba guna kamera telefon bimbit tapi gambau tak berapa jelas lah..
Adalah dipercayai telaga ini telah digunakan oleh askar Portugis sewaktu mereka menguasai Melaka. Hairannya dikawasan tanah rendah pun boleh ada air telaga. Airnya boleh minum kah ?
Masa tu dah jam 7:30 petang lebih. Hari dah makin gelap. Telefon ni pun gambau nya makin malap. Hamba terus pulang aje. Nanti sambung lagi cerita sempadan Melaka. Sekian..