..kapal dagang dari Melaka
mudik ke hulu sungai Acheh
selamat datang ke blog hamba
sudilah komen terima kasih..

Thursday, September 30, 2010

Malacca Mape




Assalammualaikum

Zaman dulu sebelum ada kamera sesuatu gambar dirakamkan dengan cara lukisan. Orang yang melukis sudah tentu punya ilmu untuk merakamkan pemandangan hidup ke atas kertas dan menterjemahkannya dalam bentuk 'live' juga. Gambar ini adalah rakaman orang yang hidup kira-kira lebih 500 tahun dahulu di hadapan Kota Melaka. Orang tersebut merakamkannya dari atas kapal mencakupi kawasan yang cukup luas. Terdapat kapal-kapal laut, pantai, Kota Melaka dan kawasan berhampiran. Hamba pasti gambar ini adalah hayalan pelukisnya sahaja. Ini disebabkan banyak artikel telah dikenal pasti sebagai palsu sebagai satu cara penjajah mengelirukan orang ramai khususnya orang dari negeri yang dijajah.

Apapun hamba memang menyimpan gambar-gambar lama seperti ini untuk rujukan akan datang. Tuan hamba sekalian dialu-alukan berkongsi gambar dengan hamba. Sudilah kiranya mengirimkan gambar-gambar lama kepada hamba. Hamba mencari gambar lama khususnya gambar Kota Melaka atau gambar kota-kota yang terdapat di dalam negara ini seperti Kota Lukut, Kota Johor Lama dan banyak lagi.
Jumpa lagi. Wassalam

Tanah Melayu

Assalammualaikum


Aku lihat negara ini semakin tidak betul perjalanan pemimpinnya. Ini adalah akibat dari sistem demokrasi yang kununnya adalah sistem terbaik. Oleh kerana Islam adalah agama resmi negara maka sepatutnya cara Islamlah yang boleh diguna dan menjamin kestabilan. Mungkin ramai yang akan kata negara dah lama stabil dengan sistem demokrasi yang diamalkan jadi kenapa mempertikaikannya. Negara ini tiada perang dan sistem pilihanraya berjalan seperti yang dirancang. Aku tidak setuju dengan kata-kata ini kerana mereka tidak memahami apakah yang sebenarnya sistem pentadbiran yang patut ditunjangi oleh kerajaan Malaysia.

Tuesday, September 28, 2010

Syawal 1431..

Assalammualaikum



Hari ini Selasa 28 September 2010, 19 Syawal 1431 . Tarikh kalendar masehi tidak ada yang istimewa tetapi tarikh di dalam kalendar Islam itu memberi isyarat bahawa puasa Ramadan dan Hari Raya Syawal semakin jauh meninggalkan manusia. Sekalipun masih banyak rumah terbuka sedang dianjurkan. Persoalannya adakah kita semakin jauh dari Ramadan dan amalannya atau Ramadan yang semakin jauh meninggalkan kita ? Adakah amalan yang dibuat sepanjang Ramadan masih kita amalkan atau semakin sukar untuk mengekalkan stamina? Memang benar nak bangun jam 4 pagi sekarang terlalu sukar malah selalu aje terlajak sampai hari terang.



Sepanjang Ramadan 1431 hijrah yang lalu aku selalu teringat satu tarikh yang di anggap keramat. Tarikh itu adalah tarikh paling besar. Tarikh paling bersejarah. Tarikh yang sudah tercatat akan dan pasti terjadi. Tetapi belum sampai masanya untuk ia berlaku. Tarikh ini akan berlaku selepas mendapat lampu hijau dari Allah swt. Tarikh yang aku maksudkan ialah hari kiamat. Apa yang aku tahu kiamat akan berlaku pada hari Jumaat selepas Asar. Maka tinggal berapa hari Jumaat lagi yang akan datang untuk mencukupkan kuota sebelum kemusnahan membelasah semua hidupan.



Adakah aku akan termasuk kedalam golongan manusia akhir yang akan dapat melihat langit dibelah dan dilipat ? dan adakah aku akan terlibat dalam kemusnahan besar-besaran ? Persoalan itu pernah terfikir tetapi memandangkan usia sekarang..kemungkinan tidak. Besar kemungkinan kiamat akan berlaku lebih lama dari sekarang. Ini disebabkan kiamat akan berlaku hanya apabila tanda-tanda kecil dan besar benar-benar telah lengkap berlaku. Banyak hadis membicarakan tentang kiamat ini. Malah Al Quran sendiri telah menjelaskan bentuk-bentuk kiamat itu akan berlaku kepada manusia.