Assalammualaikum
Hari ini Selasa 28 September 2010, 19 Syawal 1431 . Tarikh kalendar masehi tidak ada yang istimewa tetapi tarikh di dalam kalendar Islam itu memberi isyarat bahawa puasa Ramadan dan Hari Raya Syawal semakin jauh meninggalkan manusia. Sekalipun masih banyak rumah terbuka sedang dianjurkan. Persoalannya adakah kita semakin jauh dari Ramadan dan amalannya atau Ramadan yang semakin jauh meninggalkan kita ? Adakah amalan yang dibuat sepanjang Ramadan masih kita amalkan atau semakin sukar untuk mengekalkan stamina? Memang benar nak bangun jam 4 pagi sekarang terlalu sukar malah selalu aje terlajak sampai hari terang.
Sepanjang Ramadan 1431 hijrah yang lalu aku selalu teringat satu tarikh yang di anggap keramat. Tarikh itu adalah tarikh paling besar. Tarikh paling bersejarah. Tarikh yang sudah tercatat akan dan pasti terjadi. Tetapi belum sampai masanya untuk ia berlaku. Tarikh ini akan berlaku selepas mendapat lampu hijau dari Allah swt. Tarikh yang aku maksudkan ialah hari kiamat. Apa yang aku tahu kiamat akan berlaku pada hari Jumaat selepas Asar. Maka tinggal berapa hari Jumaat lagi yang akan datang untuk mencukupkan kuota sebelum kemusnahan membelasah semua hidupan.
Adakah aku akan termasuk kedalam golongan manusia akhir yang akan dapat melihat langit dibelah dan dilipat ? dan adakah aku akan terlibat dalam kemusnahan besar-besaran ? Persoalan itu pernah terfikir tetapi memandangkan usia sekarang..kemungkinan tidak. Besar kemungkinan kiamat akan berlaku lebih lama dari sekarang. Ini disebabkan kiamat akan berlaku hanya apabila tanda-tanda kecil dan besar benar-benar telah lengkap berlaku. Banyak hadis membicarakan tentang kiamat ini. Malah Al Quran sendiri telah menjelaskan bentuk-bentuk kiamat itu akan berlaku kepada manusia.
No comments:
Post a Comment