Pada 15 Jamadilakhir 1433 H bersamaan 5 May 2012 yang lalu hamba keluar rumah dari Shah Alam jam 1030 menuju ke Lenga Johor untuk menghadiri masjlis perkahwinan seorang rakan sepejabat. Peluang dan kesempatan ini hamba ambil dengan niat selepas majlis perkahwinan nanti hamba hendak terus ke Segamat, Bukit Kepong, Pagoh dan Muar sebelum kembali ke kampung di Melaka. Ada tempat yang hamba ingin lawati sejak tahun 2010 lagi tetapi sering tertangguh. Ayuh ikuti perjalanan hamba !
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada saudara Saharin Sahamat dan isteri semoga berbahagia hingga akhir hayat. Amin. Hamba sampai agak lewat dah jam 1400. Nasib baik si Saharin baru nak potong kek. Aaaa!! Potong kek tu... potong ! potong ! ..
Selepas menikmati juadah dan bersalam , hamba tinggalkan majlis . Terus memandu arah Bukit Kepong dan tiba disini.
Di luar kawasan balai Polis ada kenderaan perisai dan bot marin Polis.
Bangunan ini memang unik. Jauh berbeza dengan balai Polis yang ada di bandar-bandar. Tiada dinding kaca. Yang ada hanya tembok keliling. Macam sebuah kapal. Ketika hamba berdiri di tebing sungai, firasat itu begitu sama dengan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Samsudin. Bangunan ini bertempat di tebing sungai yang sempit. Hanya beberapa meter kemudian kaki bukit adalah sempadannya.
Menghulu Sungai Muar. Dari tebing balai Polis.
Menghilir. Juga dari tebing balai.
Hamba tidak pasti samada balai menghadap kedai-kedai dan bukit atau menghadap sungai. Yang pasti Bukit Kepong memang mengepong kedudukan balai. Dari atas bukit itu mereka turun dan mengepong balai. Mahu lari mana ? Seperti semut yang mengerumun gula lalu bertalu-talu tembakan dilepaskan dengan niat membunuh. Sehingga tidak ada lagi tembakan balas malah balai juga sedang marak dibakar. Hamba rasa ramai yang jenazah mereka terbakar disebabkan meninggal dalam balai dan dalam kubu.
Di dalam bangunan di tempat satu ruang khas memaparkan gambar anggota polis balai bukit kepong yang terkorban, kronologi, kesan kemusnahan balai selepas serangan dan nama-nama anggota yang terkorban.
Makam Bukit Kepong di lereng Bukit Kepong .
Pusara anggota Polis dan keluarga mereka yang terkorban di dalam kawasan makam.
Selepas sedakah AlFatehah hamba melihat jam sudah 1600 petang hamba bergegas masuk kereta dan meninggalkan Bukit Kepong. Satu ribu persoalan bermain dalam fikiran hamba yang tidak dapat di jawab oleh diri sendiri. Pelbagai cerita yang hamba dengar berkenaan peristiwa Bukit Kepong ini. Yang pastinya hanya Allah sahaja yang tahu setiap perincian tragedi ini. Yang penting sekarang ini sebagai orang Melayu Islam kita wajib bersatu dan menentang anasir luar yang cuba untuk menjahanamkan perpaduan orang Melayu dan negara orang Melayu. Hamba rasa orang Melayu sudah tidak boleh mengikut sistem demokratik yang di praktikkan oleh negara ini kerana sudah terbukti orang Melayu berpecah belah . Orang Melayu digalakkan berpolitik yang akibatnya orang Melayu masing-masing bertelagah . Maka jadilah pertentangan antara dua pihak yang kedua-duanya berugama Islam dan berbangsa Melayu. Sementara kaum yang bukan Melayu dan Islam akan melagakan kedua-dua pihak tadi agar terus bertelagah. Sementara mereka menguatkan dasar mereka agar lebih kukuh. Lama-lama pihak Melayu tadi akan menjadi lemah sementara mereka pula menjadi kuat . Lalu apabila mereka sudah menjadi terlalu kuat merekalah yang akan menang dan memerintah orang Melayu pula dan orang Melayu terpaksa tunduk melutut kepada bangsa ini yang dahulunya membunuh tok nenek orang Melayu. Apakah kita masih tidak sedar?
Perjalan berikut hamba menuju ke Segamat. Hamba membatalkan niat untuk ke Pagoh kerana kesuntukan masa. InsyaAllah di lain artikel kita cerita pasal Pagoh.
Perjalanan ke Segamat mengambil lebih masa kerana jauh dan tempat yang hendak dituju pula tidak dapat dipastikan dimana. Hamba tiba di bandar Segamat dan berehat sebentar di Stesen Keretapi Segamat.
Arah ke selatan.
Kawasan kaunter tiket dan tempat duduk . Bersih !
Ada keretapi barang lalu masa tu.. Tujuan hamba singgah stesen keretapi ini ialah untuk bertanya kepada orang yang ada disini letaknya Makam Kampong Lubok Batu tetapi tidak ada yang sesuai hendak ditanya sehinggalah hamba berjumpa seorang abang itu yang hamba agak adalah pekerja KTM. Lalu beliau memberitahu arah jalan.
Ini ialah makam Kampung Lubok Batu. Ayuh kita ke dalam.
Ini ialah makam Raja Temenggong Muar dan keluarga. Perhatikan gelaran mereka .Ini ialah makam Raja Temenggong Muar 1 Temenggong Sa'akar Diraja ibni Dato Pasir Raja Syed (Sayyid) Jaafar. Temenggong Sa'akar ialah anak pertama Dato Pasir Raja. Selepas kemangkatan Dato Pasir Raja beliau dilantik sebagai Raja Temenggong Muar pertama dengan perkenan Sultan Abdul Jalil (iv) Johor pada 1707. Ayahanda beliau telah memerintah Muar sebelum itu mulai 1674 setelah Sultan Ibrahim Shah 1 menganugerahkan Muar kepada Dato Pasir Raja. Bermula dari Temenggong Sa'akar Dirajalah keturunan Dato Pasir Raja ini memerintah Muar secara turun-temurun.
Apa yang membuatkan hamba kemari ialah mencari makam yang bernombor 3 di dalam papantanda di atas. Iaitu makam Dato Bendahara Tepok ( Bendahara Paduka Tuan Tun Muhammad ibni Bendahara Paduka Raja Tun Perak Melaka ). Beliau ialah Bendahara Kesultanan Melayu Melaka yang terakhir.
Makam Dato Bendahara Tepok berada diluar sebelah kanan makam Temenggong Sa'akar Diraja.
Makam Bendahara Tun Tepok Bendahara Melaka. Nesannya berbunyi ' Al Marhum Dato Bendahara Lubok Batu Bendahara Terakhir Kerajaan Melayu Melaka Mangkat Pada Hari Khamis malam Jumaat Akhir Tahun 1511 ' .
Dari pemerhatian hamba di kawasan pemakaman ini , hamba berasa sedih apabila melihatkan keadaan makam - makam keluarga Temenggong Muar ini pada bahagian lain makam kerana batu nesan telah dicabut dan hilang. Sila lihat gambar dibawah.
Apalah nasib kubur-kubur orang Melayu. Satu hari nanti apabila sudah tiada waris yang mengambil berat akan makam-makam ini maka kita khuatir satu hari nanti sudah tiada tanda tanah ini milik orang Melayu lebih-lebih lagi penguasa Melayu yang pernah memerintah tanah kelahiran mereka sendiri. Ketika itu mungkin tanah akan diambil oleh orang bukan Melayu dan menjadi milik mereka. Apa akan jadi pada nasib bangsa Melayu itu sendiri ? Hamba tidak tahu untuk tujuan apa nesan kubur dicuri dan dibuang Apakah ada agenda tersembunyi ?
Diluar kawasam pemakaman Lubok Batu terdapat papantanda kronologi berundurnya Datok Bendahara Paduka Tuan, Bendahara Melaka dan rombongan Raja Melaka dari Melaka ke arah Segamat dan Pahang. kajian oleh Drs. Ungku Mohd Zaman Tahir dari Persatuan Penulis Johor.
Hamba beransur pulang. Latar belakang Gunung Ledang menjadi teman. Kenderaan berat banyak dan menjadi sebab lewat tiba ke Melaka.
Setibanya di Sungai Rambai hamba teringat xpdc yang ingin hamba buat . XPDC batu sempadan negeri Melaka. Tunggu ya anak-anak !! nanti tok cerita ya.. tokpakeh nak relek jap ... aah mari picit kaki tokpakeh ni lenguh bawak keta tadi.. meh ! meh !