..kapal dagang dari Melaka
mudik ke hulu sungai Acheh
selamat datang ke blog hamba
sudilah komen terima kasih..

Wednesday, September 19, 2012

SALAM RAMADHAN DAN SYAWAL 1433 HIJRI

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Selamat menunaikan ibadah puasa dan lain-lain ibadah yang amat dituntut sepanjang bulan Ramadhan 1433 Hijrah ini. Semoga kita sentiasa di dalam rahmat yang maha Esa. Semoga juga kita dapat bertemu Syawal dan seterusnya Ramadhan tahun akan datang.

Banyak benda nak di tuliskan tetapi hamba ni sibuk aje dengan kerja. Lepas tu broadband pulak nak kena top up baru boleh 'muat atas' kalau tidak guna excel aje la..

Nak cerita sikit pasar Ramadhan kat sekitar KL ni , hamba lihat macam kurang meriah la. Peniaga pun macam semakin kurang. Tidak seperti 7 , 8 tahun dulu , yang berniaga roti jon sampai 8 , 9 gerai tetapi sekarang ni 1 atau 2 sahaja. tetapi hamba tak merayau lagi di lain-lain tempat. Nak kejar masa dan trafik yang sibuk membuatkan hamba dah malas nak pergi jauh-jauh. Yang penting dapat beli makanan untuk berbuka dan sahur nanti cukuplah.

Ok lah hamba mengambil kesempatan ini untuk menyusun jari sepuluh memohon ampun maaf andai ada salah silap dalam menulis blog, dalam pergaulan harian atau tutur kata yang tersalah sebut. Semoga Aidil Fitri dapat mengeratkan silaturrahim kita .

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433h / 2012 M

tokpakehtemenggong

No comments:

Post a Comment