..kapal dagang dari Melaka
mudik ke hulu sungai Acheh
selamat datang ke blog hamba
sudilah komen terima kasih..

DATUK PADUKA SERI MAHARAJALELA

Assalammualaikum


Tuan-tuan yang dihormati. Semoga sihat bersama keluarga dan menjalani kehidupan dengan baik dan sejahtera. Ayuhlah kita berjalan di muka bumi ini dengan tujuan dan bimbinganNya. Menegakkan syiar dan menghapuskan yang batil. Janganlah kita lupa akan dari mana asal kita kerana kelak kita akan dikembalikan kepadaNya.
Hamba mendapat khabar dari kanda yang tua mengatakan bapa saudara kami baru meninggaldunia kira-kira jam 0230 pagi Jumaat 29 September 2011 bersamaan 1 Zulkaedah 1432 di hospital Melaka. Arwah semenjak sakit pada bulan Ramadhan 1432 yang lalu terus merosot kesihatan beliau sehinggalah beliau pergi buat selamanya. Semoga roh arwah Jalius bin Pakeh dicucuri rahmat dan diampuni amin. ALFATIHAH.


Hamba meneruskan kembara..


Ini ialah kunci air sungai Melaka yang berpusat di Melaka Pindah Alor Gajah Melaka. Ya ! kita mudik ke Hulu sungai Melaka kerana hamba mencari seorang tokoh yang dikatakan telah meneroka dan membuka kampung Melaka Pindah melalui perjalanan beliau menyusuri sungai Melaka. Ayuh..!


Ini ialah Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah. Untuk sampai ke sini tidak susah. Anda hanya perlu mengikuti lebuhraya AMJ dari bandar Melaka ke bandar Alor Gajah. Kemudian di persimpangan lampu isyarat ke bandar Alor Gajah anda hanya perlu belok ke kanan ke arah Pangkalan dan meneruskan perjalanan kira-kira 10 minit. Bangunan ini selepas Masjid Ubudiah Melaka Pindah.


Di sebelah Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah ialah bangunan Balai Raya Melaka Pindah. Ada tabika dan pusat jalur lebar komuniti. Sementara banner di bumbung balai raya tertulis 'SAMBUTAN 500 TAHUN MELAKA PINDAH"
Yang hamba cari ialah binaan berwarna kuning.




Ini ialah makam Datuk Paduka Seri Maharajalela salah seorang orang besar istana Kerajaan Melayu Melaka. Setelah Melaka diserang Portugis beliau dan pengikutnya telah menyusuri sungai Melaka ke hulu dan membuka kampung ini. Beliau meninggal dunia 10 tahun selepas serangan Portugis dan dimakamkan disini.


Hamba berharap satu hari nanti kita akan dapat mengetahui siapa Datuk Paduka Seri Maharajalela ini. Dan bagaimana kaitan beliau dengan kerajaan Melayu Melaka.


Selepas menziarahi makam di Melaka Pindah, hamba bergegas pulang ke Shah Alam. Di RnR Seremban arah utara bumi dihujani hujan lebat. Sambung le lepak pekena kopi. Mai secawan..

No comments:

Post a Comment