..kapal dagang dari Melaka
mudik ke hulu sungai Acheh
selamat datang ke blog hamba
sudilah komen terima kasih..

MAKAM SULTAN MUHIYUDIN

Semasa hamba berada di Langkawi pulau lagenda Mac 2011 yang lalu hamba sempat melawat sebuah makam lama yang terdapat di kampung Ulu Melaka Langkawi. Menurut setengah penulis blog , ini ialah makam Sultan Muhiyudin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah. Menurut mereka baginda ialah anakanda Sultan Mahmud Syah Melaka Khalifatullah Akhirul Zaman. Baginda berpindah dari Kelang dan menetap di Kota Palas Pulau Langkawi. Tetapi semasa hamba berada di sana hanya ada papan tanda yang menyebut 'makam purba ini milik seorang perempuan'.
Agaknya dimana tapak istana baginda di zaman itu  ? Kemungkinan istana baginda musnah semasa zaman perang. Seperkara lagi yang diberitahu oleh pewaris blog ialah baginda telah mengarahkan supaya Raja Bersiong ditahan atas kesalahan jenayah. Lalu Hang Tuah telah diperintahkan untuk menguat kuasa undang-undang. Lalu raja Bersiong dan Hang Tuah telah bertemu dan mereka pun 'berperang' . Mungkin Raja Bersiong ini lah yang dikatakan menderhaka kepada Raja Melaka. Lalu berjaya dibunuh oleh Hang Tuah. Aaa? Raja Bersiong ialah Hang Jebat ? ee pening-pening..

Kedudukan makam tidak berapa sesuai kerana di tepi lorong. Tapi mungkin di zaman itu istana baginda terletak berhampiran. Itulah sebab makam baginda terletak di sini.

Nesannya hebat.
Lorong dari makam keluar ke jalan besar. Hamba dah lupa nama jalan utama itu kalau tak silap jalan Ulu Melaka. Bahagian dalam atau belakang makam ialah tanah sawah yang luas terbentang .Jika kita berjalan kaki merentasi sawah bendang itu rasanya boleh tiba ke makam Mahsuri.
Sekian. Wassalam.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tok Pakeh.Makam purba tersebut sebenarnya milik Assyahid Syeikh Janakhatib Keramat Todak.Semasa dlm pelarian pulang ke Pasai dari Singgah Pura (Singapura) beliau yg parah akibat ditikam telah mangkat.Lalu pengikutnya menyemadikan jasad beliau di Langkawi.Sesetengah pihak di Langkawi mengenali makam ini sebagai makam Pak Jonokorbo.

    ReplyDelete